Usah persia usia muda
SESAL dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Apa-apa pun, fikir dulu sebelum membuat atau memulakan sesuatu perkara. Ini kerana, sama ada baik atau buruk padahnya, kita juga yang terima, betul tak?
Pokok pangkalnya di sini, cermin dulu tahap keyakinan pada diri kita. Jika benar-benar mampu, teruskan, tetapi kalau rasa sebaliknya, batalkan saja niat di hati. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah.Bila dah patah sana, patah sini, luka sana, luka sini, baru nak menyesal.
Itulah akibatnya kepada orang yang tunjuk berani, tetapi tak kena pada tempatnya.Yang Mazz nak ceritakan di sini ialah mengenai sikap ramai remaja kita yang mudah sangat lupa diri dan tanggungjawab hidup kita di dunia. Sedarlah, hidup kita cuma sementara.Entah esok atau lusa, kita akan tinggalkan segala yang ada di dunia. Jadi, apa yang ada di sekeliling kita semuanya tidak kekal. Oleh itu, gunakan waktu yang ada ini dengan sebaik-baik mungkin.Di ruangan ini, sekali lagi Mazz nak mengingatkan adik-adik yang baru nak mengenal erti hidup di dunia. Bukan apa, Mazz cuma nak memberi kesedaran betapa berharganya kehidupan ini, lebih-lebih lagi pada usia muda yang kita tidak tahu di mana penghujungnya.Cuba kita sama-sama lihat sambil merenung bagaimana keadaan yang berlaku di negara luar.
Pergolakan demi pergolakan berlaku sehingga kematian dan mayat yang bergelimpangan di atas jalan menjadi perkara biasa.Cuba anak-anak muda di Malaysia fikirkan, bagaimana nasib rakan seusia mereka di negara malang itu? Mereka di sana sudah tiada ruang untuk merasakan kebebasan seperti kita.Tidakkah anak muda negara ini lihat bagaimana rakan seusia mereka menunjukkan keberanian berjuang demi mempertahankan hak negara?Jika dibandingkan dengan negara kita, situasi jauh berbeza.
Jika anak muda di negara berkenaan sibuk berjuang untuk mempertahankan hak dan maruah mereka, apa pula perjuangan anak remaja kita di sini.Yang Mazz lihat, anak muda kita seolah-olah tidak mengenal apa itu erti kesyukuran. Di sini Mazz ingin bertanya mereka, apakah sumbangan mereka kepada negara? Ke mana perginya sifat keprihatinan yang seperti diharapkan. Sedih rasanya jika hal ini diperkatakan.Memang bukan semua anak muda kita berperangai negatif, tetapi Mazz lihat kebanyakan daripada mereka lebih suka atau lebih terdorong untuk melakukan aktiviti yang melalaikan serta tidak memberi faedah.Di sini Mazz ingin mengambil contoh kegiatan lumba haram yang makin berleluasa, terutama di sekitar ibu kota ini. Biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh polis dan pihak berkuasa lain, termasuk mengadakan kempen demi kempen, keadaan nampaknya seperti masih tidak berubah.
Keadaan itu menyebabkan Mazz termenung memikirkan bilakah kesudahan masalah ini?Apa lagi yang perlu dilakukan selepas bermacam-macam usaha dan berulang kali nasihat diberikan tidak meningggalkan kesan?Mungkin kemampuan Mazz untuk membanteras masalah gejala sosial, termasuk kegiatan lumba haram, agak terbatas, tetapi Mazz tidak sanggup duduk berdiam diri saja dan hanya melihat keadaan ini menjadi semakin parah.Oleh itu, Mazz ingin memanfaatkan ruangan ini untuk sekali lagi menasihatkan adik-adik di luar sana yang masih leka.Fikirkanlah baik-baik, setiap benda yang tidak berfaedah itu tidak akan menjanjikan sebarang kebaikan.
Malah, bala bakal menanti anda.Kenapa kita harus mempersia-siakan masa muda kita dengan aktiviti kosong, sedangkan banyak lagi perkara lain lebih berfaedah boleh kita lakukan.Ini tidak, disebabkan ingin cabaran, kononnya, nyawa sanggup dijadikan taruhan.Cuba renung wajah ibu bapa kita dalam-dalam. Apa yang mereka harapkan? Mereka tidak mengharapkan balasan selepas sekian lama mendidik kita.Sebaliknya, mereka cuma ingin melihat anak-anak hidup sempurna dan menjadi manusia berguna.Jangan disimbah tuba pada hati mereka.
Jika kita tidak mampu berjasa kepada negara, sekurang-kurangnya cukuplah jika sekadar berjasa kepada keluarga.Sepatutnya kita di sini harus bersyukur kerana kebebasan masih hak milik kita.Begitupun, kita tidak harus menjadikan kebebasan yang ada sebagai lesen untuk bersuka-suka.Jika berlaku musibah, apakah persediaan yang kita ada. Takkan nak mengharapkan bantuan ‘Superman Jalanan’ yang hanya tahu memacakkan motor atau meminta pertolongan ‘doktor’ yang cuma tahu merawat dirinya sendiri. Fikirkanlah...